Kekalahan itu Bersifat sementara

Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Jika anda seperti ini, sebenarnya tiada apa yang perlu anda runsingkan. Ini adalah satu respon semulajadi yang lahir daripada hati dan perasaan seorang manusia, dan anda jangan sekali-kali menyalahkan diri anda semata-mata kerana berperasaan sedemikian.
Apa yang perlu anda beri perhatian ialah, apa yang anda lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah anda menangani perasaan anda itu? Malah, bagaimana anda memanfaatkan kekalahan anda itu?
Satu perkara yang kita harus yakini ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri anda. Seorang ilmuwan pernah berkata : Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam jalan kehidupan yang mengingatkan kita “Jalan ini salah!”. Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Edison apabila setelah beribu-ribu kali gagal menyalakan lampu mentol yang beliau cipta, beliau berkata bahawa beliau bukan gagal, tetapi menjumpai beribu-ribu cara untuk tidak menyalakan mentol tersebut!
Sememangnya kita selalu menganggap bahawa kehidupan yang ‘lancar’ itulah yang terbaik dan yang ideal. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kata orang, laut yang sentiasa tenang tidak akan menghasilkan pelaut yang mahir dan cekap. Namun laut yang bergeloralah yang bisa melahirkan pelaut-pelaut mahir yang dapat mengemudi bahtera kehidupan ke tempat-tempat yang belum pernah diterokai. Jika kita tidak menguji diri kita, kita tidak akan tahu apa kelemahan kita. Jika kita tidak tahu kelemahan kita, kita akan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk memperbaikinya. Kerana dalam minda kita, kita rasa kita sudah ‘sempurna’, atau setidak-tidaknya kita berpuas hati dengan keadaan kita seadanya.
Jika anda ditanya sekarang; jika anda ingin belayar jauh, adakah anda akan menyerahkan bahtera anda kepada pelaut yang hanya melayari laut tenang dan tidak pernah menghadapi ribut dan sebagainya, atau pelaut yang biasa dengan lautan bergelora, membelah lautan terbuka?
Kita akhiri perbincangan ini dengan analogi berikut : Jika anak anda, atau adik anda yang baru belajar berjalan, kerap jatuh bangun, mendedahkan dirinya kepada risiko-risiko seperti terhantuk meja, kerusi atau terlentang atas lantai, apakah anda akan berkata “Cukuplah!, tak usahlah membahayakan diri anda lagi!”?
Tidak sekali-kali. Sebab itulah agaknya sebahagian besar manusia dunia ini boleh berjalan! Sebab sebagai kanak-kanak kecil, mereka tidak pernah mengalah. Mereka tidak kenal perkataan ‘putus asa’.
Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini…Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.
Wallahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: