LASKAR KUNING ITU KEMBALI LAGI

Laskar kuning itu kembali lagi,
Menyelesaikan apa yang tak sudah;
Menumbangkan yang zalim, mengembalikan yang adil.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Membawa tekad suara sejagat,
Mengembalikan yang hak, memulangkan yang hakiki.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Tua muda tiada beza,
Hitam dan putih pun bukan temboknya.

Turun! Turun! Turun!
Hapus! Hapus! Hapus!
Undur! Undur! Undur!
Bersih! Bersih! Bersih!

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini tangisan berjuta rakyat mulia.

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini teriak anak muda pejuang bangsa.

Balik! Balik! Balik!
Blah! Blah! Blah!
Henti! Henti! Henti!
Kotor! Kotor! Kotor!

Rengek ini bukan dari hati,
Rengek dari wang dan habuan.

Rengek ini bukan dari akal,
Rengek ini dari mata yang buta; telinga yang pekak.

Esok, andai dunia masih yang sama,
Esok, andai dusta masih yang tula,

Laskar kuning itu pasti kembali lagi!

Advertisements

Kuasa Seorang Perempuan..

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA PEREMPUAN


  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.

hawa…

 

Assalamualaikum……

Bicara ini adlh tentang hakikat cinta HAWA…ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan….Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. Aku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.

Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, atau membuang muka kalau di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.

Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. Oleh itu kpd golongan adam….jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta’aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan. Seringkali …..persahabatan itu dibungkus label ‘ukhwah fillah’ dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama ‘rasa’ dan ‘makna’…kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal ‘rasa’ .

Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami…jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar’i dan terlalu duniawi….jika jwpn kamu YA, bermakna kamu lebih ‘hebat’ dan ‘berani’ daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.

Tolong, kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???.maaf… wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami. Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.

Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.

 

Akhir kalam….

Tentang jodoh..aku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. Aku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. Mungkin dia, mungkin jg bkn. Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku. Kerana aku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.

Tentang dia…dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku…ya,jalan itu masih panjang….dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia…..dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku…kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya…kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.

 

“Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu..”

 

 

UnTuK YaNg TeRCiNtA

 

Aku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

Aku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah aku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah aku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku…sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui…diberkati…

Hingga ke syurga…

 

“AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu…”

 


 



CINTA ITU SUCI….

AKU MENUKIL KAN NUKILAN NI BUAT SETIAP MATA YANG MEMBACA….

BUKAN MUDAH UNTUK MENCINTAI ORANG LAIN… BUKAN MUDAH GAK MENCARI CINTA SEJATI YANG HAKIKI..

TAPI.. DALAM KESIBUKAN KITA MNCARI CNTA ITU. TIDAK PERASAN KAH KITA PADA YANG SETIA MENANTI KITA WALAUPUN KITE MENGABAIKAN NYA ???

KADANG2.. TNPA KITA SEDARI.. KITA LEBIH MENGAGUNGKAN CINTA MANUSI DARI CINTA SANG KHALIK..

ADUHAI PEMUDA………!

LEKANYA NYA KALIAN DENGAN GODAAN SYAITAN….

USTAZAH KU SELALU BERPESAN.. JANGAN SEKALI – KALI MENGABAIKAN QURAN..

KLU KTA JGA DY, DY AKN JGA KITA..

KLU KITA JAGA HUBUNGN KITA NGN ALLAH, ALLAH AKN HADIAHKN ORANG YANG TERBAIK TOK KITA..

TAK SALAH NAK BERCINTA.. TAPI BERPADA – PADA LAH…

BILA BERJANJI DALAM HBGN 2. PNDAI2 LAH JAGA.. BKN JGA ANK ORG 2.. TPI JGA JNJI 2…

JNJI NIE, BLE KNE NGN PREMPUAN,… MMG DY AKN SETIA..

SO, PANDAI2 LAA JAGA…

” WHAT U GIVE, U GET BACK “

CINTA TU SUCI.. KADANG2 KITA YG MENGOTORI NYA….

SBB CINTA ITU FITRAH.. XSALAH NGN SAPE KITE MINAT, SAYANG, SUKA…ATAU SEWAKTU DGN NYA…

CUBA LUAHKAN PD JALAN YG BTUL… XSALAH RASANYA..

JALAN YANG BTOL 2.. DOALAH………. CAMNIE AH DOA EA….

” YA ALLAAH, JADIKANLAH SIPULAN BIN SIPULAN NIE SEBAGAI PENEMAN HIDUP KU DUNIA AKHIRAT,

AGAR DY MAMPU MENJADI PELINDUNG KU..

JIKA DY BUKAN YG TERBAIK UTK KU.. KAU HILANG KAN LAH DY DARIKU..

JANGAN LAH KAU PALINGKAN HATINYA DARIKU DGN MUSABAB BENCINYA PADAKU..

TUTUPLAH KEAIBAN KU PADA NYA…

RAPAT KAN LAH HUBUNGAN KU DENGAN NYA ATAS RAHMAT MU…

AMINNNNNNN…………”

SO….

ISLAM TU MUDAH KN????

XDE PN ISTILAH CURANG MENCURANGI.. MAKSIAT MEMAKSIATI..BUNUH MEMBUNUHI..

ISLAM DAA BAGI JALAN BAIK PUNYA….

SO, IKUT CARA BAIK…. YG NK G BT BNDA XSNONOH 2 WAT PE.. BLE DAA BUNTING TAU PLAK BUANG MERATA2..

HAIWAN PN XMACAM 2…. DUNIA SKANG DAA TERLAMPAU ADVANCE…. BUANG ANK MCM BUANG SMPH JE….. SODEH LAK AI..

SAMPAI HATI DEY ALL…

ADUHAI…. SATU G NIE.. COUPLE SONGSANG.. PN MAKIN BERLELUASA…

KALAU COPLE UMR BEZA, PALIK GAK, TPI LEH TRIMA G.. P KLU SME2 JENIS NIE………..

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM………’

TAUBAT LA…. GELI LAH…..

TAK TAKOT AZAB KE???

DORONG LA NAFSU PD YG LEBIH BAIK…

RASE NYE 2 JELA TOK ARINIE…

BSOK INGT NK CITE SAL PJALANAN ANA KE PULAU LAGENDA…. BEZ WOOOOOOOO..

OK LA…. MAAF PD YG TERSA.. P KLU TERASA STILL NK WAT GAK, XTAU LA KORG…

PAPE PN… WASALAM………

JADILAH PASANGAN YG SOLEH…,

Kekalahan itu Bersifat sementara

Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Jika anda seperti ini, sebenarnya tiada apa yang perlu anda runsingkan. Ini adalah satu respon semulajadi yang lahir daripada hati dan perasaan seorang manusia, dan anda jangan sekali-kali menyalahkan diri anda semata-mata kerana berperasaan sedemikian.
Apa yang perlu anda beri perhatian ialah, apa yang anda lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah anda menangani perasaan anda itu? Malah, bagaimana anda memanfaatkan kekalahan anda itu?
Satu perkara yang kita harus yakini ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri anda. Seorang ilmuwan pernah berkata : Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam jalan kehidupan yang mengingatkan kita “Jalan ini salah!”. Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Edison apabila setelah beribu-ribu kali gagal menyalakan lampu mentol yang beliau cipta, beliau berkata bahawa beliau bukan gagal, tetapi menjumpai beribu-ribu cara untuk tidak menyalakan mentol tersebut!
Sememangnya kita selalu menganggap bahawa kehidupan yang ‘lancar’ itulah yang terbaik dan yang ideal. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kata orang, laut yang sentiasa tenang tidak akan menghasilkan pelaut yang mahir dan cekap. Namun laut yang bergeloralah yang bisa melahirkan pelaut-pelaut mahir yang dapat mengemudi bahtera kehidupan ke tempat-tempat yang belum pernah diterokai. Jika kita tidak menguji diri kita, kita tidak akan tahu apa kelemahan kita. Jika kita tidak tahu kelemahan kita, kita akan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk memperbaikinya. Kerana dalam minda kita, kita rasa kita sudah ‘sempurna’, atau setidak-tidaknya kita berpuas hati dengan keadaan kita seadanya.
Jika anda ditanya sekarang; jika anda ingin belayar jauh, adakah anda akan menyerahkan bahtera anda kepada pelaut yang hanya melayari laut tenang dan tidak pernah menghadapi ribut dan sebagainya, atau pelaut yang biasa dengan lautan bergelora, membelah lautan terbuka?
Kita akhiri perbincangan ini dengan analogi berikut : Jika anak anda, atau adik anda yang baru belajar berjalan, kerap jatuh bangun, mendedahkan dirinya kepada risiko-risiko seperti terhantuk meja, kerusi atau terlentang atas lantai, apakah anda akan berkata “Cukuplah!, tak usahlah membahayakan diri anda lagi!”?
Tidak sekali-kali. Sebab itulah agaknya sebahagian besar manusia dunia ini boleh berjalan! Sebab sebagai kanak-kanak kecil, mereka tidak pernah mengalah. Mereka tidak kenal perkataan ‘putus asa’.
Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini…Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.
Wallahu a’lam.

SALAH KAH BILA BERUBAH ???

Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini… “Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.” “Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.” “Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.” Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek. “Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.” Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan. “Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya. “Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang. Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia? Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat. I – Isyak S – Subuh L – Luhur (Zuhur) A – Asar M – Maghrib Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.” Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Izzat, sahabatmu. Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu. “Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.” “Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah. “Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang. “Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi. “Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.” “Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.” “Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.” “Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.” “Pahala free? Kenapa pula?” “Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.” “Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya. Berhimpit jerami di balik meranti, Saying cemara akar terendam, Kasih bersemi ikhlas di hati, Menyejuk bara menghilir dendam.

PALESTIN BERDARAH LAGI…

SALAM ALAIK….

SAHABAT….

REJAB DAA TIBA..MENYUSUL KEMUDIAN SYAABAN…RAMADHAN TAK SABAR – SABAR MENAYANG KAN DIRINYA….

JANGAN LAH KITA TERLAMPAU TAKSUB MENANTI AIDILFITRI… SEBALIK NYA BERDUKA RAMADHAN BELUM PUAS KITA NIKMATI.. ALANGKAH SEDIH NYA HATI NIE…

TAPI PERNAH KAH KITA TERFIKIR KEMELUT YG MELANDA SAUDARA SEISLAM KITA SEKARANG NIE….

DIMANA KESUDAHAN KITA SEBAGAI SAUDARANYA..

SANGGUPKAH KITE MENIKMATI JUADAH BERBUKA PUASA TATKALA SAUDARA KITE SEDANG BERMANDI DARAH? MENELAN GUMPALAN AIR LIUR MEMATIKAN VIRUS KEHAUSAN..

SANGGUPKAH KITE BERTERAWEH SEDANGKAN SNIPER PULA YANG MENYUSUN SAF DI BELAKANG KEPALA SAUDARA KITA…

SANGGUP KAH KALIAN????

JUSTERU.. …

APA PERANAN KITA SEBAGAI SAUDARANYA???

RENUNG – RENUNGKAN LAH…..

BILA HATI DI SERU DENTUMAN JIHAD, DIKETUK PALUAN SEMANGAT JUNDULLAH, JANGAN DIKAU LEKA..

KERANA MUNGKIN, ITU LAMARAN BIDADARI SYURGA YANG MENANTI SYUHADA’ NYA…

TIDAK RINDUKAH KAU PADA NIKMAT ALLAH???

TIDAK TERPANGGIL KAH KAU PADA SERUAN JIHAD ALLAH??

AYUH…………!!!!

PALESTIN BELUM MENUTUP PINTU JUNDULLAH NYA..

SERANGAN YAHUDI BERTALU – TALU MAKIN MELONJAKKAN NAFSU SYUHADA’ PARA PECINTA NYA..

TEGAR KAH KAU WAHAI PEMUDA, MELIHAT SAUDARA MU DI ANAJK SABAN WAKTU..???

RENUNGKAN LAH WAHAI SAUDARA SEISLAM KU…..

JANGAN KAU BIARKAN PALESTIN TERUS BERDARAH LAGI…….

WASALAM… UNTUK SEMUA SAHABAT…

Previous Older Entries